DEFINISI
- Mengikut kamus dewan , undang-undang adalah sebagai susunan peraturan-peraturan hukuman yang digubal oleh sesuatu badan.
- H.C.Black mengatakan hokum ialah sesuatu yang telah ditetapkan atau digubalkan dan mesti dipatuhi oleh setiap warganegara.
- Kerajaan menguatkuasakan undang-undang melalui polis,mahkamah , badan-badan dan lain-lain.
- Dapatlah dirumuskan undang-undang ialah peraturan tertentu yang disediakan oleh sesebuah Negara dan mesti dipatuhi oleh rakyatnya. Badan-badan tertentu dibentuk untuk memastikan semua peraturan itu diikuti dan menghukum mereka yang melanggarnya.
- Kesusasteraan undang-undang dapat didefinisikan sebagai sekumpulan karya yang memaparkan peraturan sesebuah kelompok masyarakat.
- Kesusasteraan undang-undang boleh dikatakan sebagai sebuah genre yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan yang telah digunakan di Alam Melayu pada masa dahulu.
PENDAHULUAN
Kesusasteraan undang-undang ini berpandukan ajaran islam .Undang-undang ini digubal dengan tujuan supaya berada dalam keadaan selamat ketike belayar.Selain itu adat dan peraturan perlulah ditaati dan tidak melanggar peraturan serta adat.Undang-undang ini digubal juga supaya jangan berkelahi atau bersengketa sehingga menitiskan darah.Ia juga digubal untuk memelihara kata-kata atau perkataan ketika berbicara dengan rakan.Undang-undang ini digubal untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan dan pembunuhan.Sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, nakhoda bertanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut, sama ada ketika dalam pelayaran atau ketika belayar.Perkara yang dititikberatkan adalah tentang nakhoda dikatakan sebagai raja dilaut.Segala perintah perlu dipatuhi kerana perintah yang terkandung dalam undang-undang tersebut merupakan perintah daripada Sultan Mahmud Shah.Undang-undang yang dilaksanakan adalah untuk mewujudkan hubungan mesra antara rakyat , pedagang ,dan baginda sultan.
CIRI-CIRI KESUSUTERAAN UNDANG-UNDANG
- Kesusteraan undang-undang dapat digolongkan kepada 3 kumpulan:
1) kumpulan adapt pepatih yang digunakan di Negeri sembilan dan beberapa daerah di Melaka.Contoh undang-undang adapt pepatih adalah undang-undang sungai ujong dan undang-undang adat dari rembau.
2) Kupulan adat temenggung yang meliputi hukuman-hukuman jenayah , undang-undang laut,serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran raja-raja melayu . Antara undang-undang Adat temenggung ialah hokum kanun melaka, undang-undang johor, undang-undang kedah, undang-undang pelabuhan kedah dan undang-undang palembang.
3) Undang-undang Islam yang di dasarkan kepada hukun fiqh mazhab syafi tentang nikah kawin,cerai talak, dan pembahagian harta pusaka.
2.Terdapat unsure-unsur mitos didalam undang-undang melayu lama,
contohnya undang- undang dua belas.Dalam undang-undang dua belas terdapat satu kisah yang menceritakan penemuan bayi dari dalam buluh betung yang di gelar Datuk Langkat Pelanduk.
3.Undang-undang melayu lama dapat dibahagikan kepada beberapa fasal serta bab. Contohnya dalam Hukum Kanun Melaka mempunyai 27 fasal atau bab dan semuanya mempunyai perkara yang berbeza. Undang – undang Kedah pula mempunyai 16 fasal.
4.Dalam sastera undang – undang terdapat unsur – unsur dan pengaruh hindu serta islam. Contohnya unsur hindu dapat dilihat melalui Hukum Kanun Melaka, dimana seseorang yang dituduh mencuri dikehendaki memasukkan tangannya kedalam minyak yang mendidih untuk membukti kan kebenarannya.
Contoh unsur islam yang dapat dilihat melalui fasal 14, Hukum Kanun Melaka ada menyatakan bahawa menurut hukum Allah, orang yang dituduh harus membuktikan kebenaran diatas mimbar masjid.
5.Sastera undang-undang melayu lama ditulis dalam bentuk prosa yang di sertakan dengan perumpamaan.
“Dan demikian lagi memakai hulu keris emas seperti merubi dan bawang
Sebongkol”.
6.Dalam undang-undang melayu lama dimuatkan dengan fasal-fasal mengenai adat istiadat dan pantang larang di raja. Keadaan ina dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka didalam fasal pertama disebut tentang pantang larang diraja ; rakyat dilarang memakai pakaian berwarna kuning. Hukuman bunuh akan dikenakan keatas mereka yang melanggar peraturan itu. Dalam fasal pertama juga ada menyatakan tentang syarat untuk menjadi hamba raja serta syarat menjadi raja. Dalam fasal dua juga ada menyebut tentang rakyat yang tidak boleh menggunakan bahasa raja.
FUNGSI KESUSASTERAAN UNDANG-UNDANG
1)kesusasteraan undang-undang merperlihatkan adanya kuasa pemerintah yang menggariskan larangan – larangan , peraturan – peraturan dan hukum – hakam yang harus dipatuhi oleh setiap individu supaya wujud kemakmuran. Contohnya dalam fasal pertama hukum kanun melaka , melarang rakyat memakai pakaian kuning.
2)Kesusasteraan undang – undang juga menunjukkan kekuasaan seorang raja dalam memerintah. Contohnya , dalam fasal kedua rakyat tidak boleh menggunakan bahasa raja. Jika didapati bersalah , rakyat tersebut haruslah di hukum bunuh. Perkara ini menunjukkan kekuasaan raja dalam menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang melakukan kesalahan.
3)Kesusasteraan undang – undang berfungsi untuk menjaga keamanan didarat dan dilaut , pelabuhan dan diatas alat-alat pengangkutan air.Contohnya dalam fasal pertama undang-undang laut melaka , juru batu di umpamakan sebagai temenggung yang berperanan menjaga keamanan di dalam kapal.
4)Kesusasteraan undang –undang berfungsi untuk menjaga keamanan dalam masyarakat melayu lama supaya dapat mengelakkan daripada huru-hara dan mengendalikan tingkah laku anggota – anggota masyarakat. Contohnya dapat dilihat dalam fasal keenam dalam undang –undang laut melaka. Fasal tersebut mengatakan orang yang mengeluarkan kata-kata kesat akan di hukum.
5)Kesusasteraan undang –undang turut berfungsi untuk mempertahankan kedudukkan raja serta menanamkan kepercayaan kepada rakyat jelata. Contohnya, dalam hukum kanun melaka dicipta untuk menjaga kedudukan golongan bangsawan iaitu sama ada golongan tersebut terlepas daripada hukuman atau membayar denda yang rendah.
MESEJ KESUSASTERAAN UNDANG - UNDANG
1)Mesej yang diperoleh dalam sastera undang – undang ini adalah, sebagai mengajar rakyat supaya patuhi segala peraturan yang ditetapkan. Jika tidak akibat buruk akan terjadi. Contohnya dalam fasal pertama hukum kanun melaka menyatakan tentang rakyat perlu patuhi segala peraturan iaiatu rakyat dilarang memakai pakaian yang berwarna kuning. Hukuman bunuh akan dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan.
2)Mesej lain yang hendak disampaikan adalah untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak melakukan apa –apa kesalahan dalam apa jua perkara. Ini kerana setiap kesalahan yang dilakukan akan dibalas dengan hukuman yang telah ditetapkan. Contoh, didalam semua fasal undang –undang laut melaka dinyatakan setiap hukuman yang akan di kenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan.
3)Mesej lain adalah dapat mengelakkan berlaku pergaduhan dan pembunuhan sejak zaman Sultan Mahmud Shah, nakhoda bertanggugjawab melaksanakan hukuman tersebut, sama ada semasa pelayaran atau semasa belayar. Contohnya dalam fasal satu undang –undang laut melaka, nakhoda dianggap raja dan bertanggungjawab terhadap anak –anak buahnya.
SINOPSIS
FASAL 1
Dalam fasal satu mengatakan tentang semasa dalam pelayaran nakhoda dianggap sebagai raja. Jurumudi di umpamakan sebagai bendahara manakala jurubatu di umpamakan sebagai temenggung yang berperanan menjaga keamanan di dalam kapal. Tukang kanan dan tukang kiri di umpamakan seperti sida-sida dan mengerjakan bersama-sama dengan tukang agung. Dalam kapal ini jurubatu dan guntung senawi serta semua tukang berada di bawah kuasa nakhoda.
Dalam fasal ini juga mengatakan semua awak perahu itu berada di bawah kuasa tukang agung. Jika awak perahu melanggar perintah tukang agung maka di suruhnya jurubatu memukul awak perahu dengan tujuh pukulan. Jika awak perahu melawan pula tukang agung, mereka akan dipukul sebanyak 40 kali di paterana lawang. Jika awak perahu melawan guntung atau senawi, mereka akan dipukul sebanyak 30 kali.
FASAL 2
Dalam fasal kedua ini, menyatakan tentang perkara-perkara zina yang dilakukan di dalam kapal atau hubungan lelaki perempuan. Jika yang melakukan zina itu masing-masing sudah beristeri atau bersuami hendaklah di hukum bunuh kedua-duanya. Sekiranya yang berzina itu merdeka dan masih bujang, maka kedua-duanya di kenakan hukuman sebat seratus kali kemudian akan di kahwinkan. Jika mereka tidak mahu berkahwin mereka akan di kenakan denda sebanyak setahil sepaha emas dan sekiranya yang tidak mahu berkahwin itu adalah lelaki maka dia yang akan menanggung denda tersebut dan sekiranya lelaki mahu berkahwin tetapi perempuan tidak maka hukuman denda jatuh keatas perempuan. Sekiranya penzinaan itu berlaku antara laki-laki yang merdeka bersama hamba yang di pakai oleh tuannya, maka di kenakan keatas orang yang melakukan zina itu. Sekiranya hamba tersebut telah lama di pakai oleh tuannya, penzina boleh di bunuh dengan di kehendaki nakhoda menyertai bersamanya. Jika sudah hamil hamba tersebut kedua-dua yang terlibat akan di hukum bunuh. Jika hamba yang baru di pakainya itu perempuan, maka hukumlah bunuh perempuan tersebut manakala laki-laki menjadi hamba.
Sekiranya lelaki yang merdeka itu berzina dengan isteri awak perahu, maka di hukum bunuh laki-laki tersebut oleh suami perempuan itu. Perempuan itu pula haruslah di bunuh oleh suaminya dan sekiranya suaminya enggan membunuh, perempuan itu hendaklah di jadikan hamba kepada nakhoda dan perempuan itu tidak boleh di tebus. Laki-laki itu hendaklah di carikan isteri baru oleh nakhoda.
Sekiranya laki-laki bergurau dengan gundik orang selama tiga hari dan kejadian itu mempunyai saksi yang melihatnya, maka hukumannya lelaki itu perlu membayar harga gundik itu yang telah di tetapkan oleh pemilik gundik itu.
Sekiranya yang berzina itu abdi sama abdi, maka kedua-duanya hendaklah di pukul beramai-ramai di paterana lawang tetapi hukuman itu terserah kepada tukang agung.
FASAL 3
Fasal ini mengatakan tentang hukum orang yang mendapat emas, perak, atau barang-barang lain melalui pelayaran. Sesiapa sahaja muda-mudi atau kiri, turun penukun, hamba, keluarga nakhoda atau kaum pemilik jong yang peroleh sesuatu hendaklah menyerahkan perolehannya kepada nakhoda. Terpulang kepada nakhoda sama ada hendak mahu dibahagikan kepada orang yang memperolehnya. Pembahagian akan dibuat sekiraya orang yang memperoleh barang tersebut menjalankan tugas nahoda. Jika tidak perolehan itu dibahagi tiga. Sebahagian akan diberikan kepada yang mremperolehnya dan dua bahagian diberi kepada nakhoda.
No comments:
Post a Comment