DEFINISI
Perkembangan daerah makna dan konotasi istilah sastera, atau yang lebih rasmi, kesusasteraan, juga mempunyai sejarahnya sendiri. Di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, istilah kesusasteraan digunakan untuk merujuk kepada karya-karya yang berupa cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan alatan-alatan yang datang bersamanya, yang tidak berbentuk laporan atau esei. Istilah ini sudah cukup mantap walaupun usia modennya tidak terlalu panjang, iaitu lebih kurang 50 tahun dan mempunyai sejarah dan latarnya sendiri.
Istilah sastera pernah digunakan untuk menamakan semua jenis karya yang dapat digolongkan. Sebagai pengetahuan yang memperlihatkan perbezaan yang jelas daripada kesenian. Suatu hakikat yang cukup menarik bahawa kita menggunakan istilah kesusasteraan hari ini untuk membezakan karya-karya seni yang berdasarkan kepada bahasa daripada karya-karya bidang pengetahuan lainnya, seperti sejarah, agama dan undang-undang, iaitu kebalikan daripada makna awal sanskritnya.
Kesusasteraan melayu sudah agak lama menjadi suatu institusi sosial -sejak tukang cerita, pawang dan bidalan berkeliling kampong untuk menyebarkan cerita-ceritanya kepada orang-orang yang berkumpul diberanda, serambi atau balai, di pondok di tengah sawah dan sebagainya. Bersama pawang, bidan dan tabib, penutur ini sedikit demi sedikit memantapkan sastera ini sebagai alat hiburan, pengajaran, istiadat, perubatan dan perundangan., yang menjadi dasar masyarakatnya. Telah banyak yang ditulis tentang dasar masyarakat yang merujuk kepada sastera sebagai sumber petunjuknya, upacara dan hiburan.
Dalam istilah bahasa melayu, perkataan sastera berasal daripada perkataan Sanskrit shastera. Istilah kesusasteraan pula digunakan untuk merujuk kepada karya-karya yang berupa cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan alatan-alatan yang berkaitan, yang bukan berbentuk laporan atau esei.
Kesusasteraan ialah kumpulan karya yang diciptakan oleh pelbagai pujangga, penggubah, pengarang yang berkongsi konsep tentang karya, tugas, bentuk, kemudahan, teknik-teknik sastera dan sebagainya.
Sastra Kitab ialah genre pertama yang dihasilkan dalam zaman islam di Nusantara. Kitab-kitab yang dihasilkan itu berbicara tentang fiqh, tafsir al-Quran dan sebagainya khusus untuk memberikan pengetahuan agama. Tradisi ini berlangsung secara berterusan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, diikuti oleh kesultanan Acheh dan kemudian kesultanan Johor. Pada zaman Melaka, tersebut sebuah kitab yang dibicarakan secara ilmiah, iaitu kitab Dar al-Manzum. Kitab-kitab yang ditulis pada zaman Acheh termasuklah Syarab al-Asyikin oleh Hamzah Fansuri, MIratul Iman oleh Syamsudin al-Sumatrani, Dur al-Faraid bi Syarahi Aqaid oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Kifayatal-Muhatajin oleh syeikh Abdul Rauf. Pada zaman kerajaan Johor-Riau tertulis kitab al-Hakim oleh Taj al-Din Abdul Fadzil Ahmad. Pada zaman Pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zaid bin Mustaffa mengarang kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin.
PENDAHULUAN
Penulisan sastera kitab berkembang dgn lebih giat apabila beberapa kerajaan Melayu-Islam di alam melayu terdiri. Antara kerajaan ini termasuk Pasai, Melaka, Aceh, Palembang dan Riau. Kegiatan penulisan sastera kitab ini selalunya mendapat naungan golongan istana dan ditulis atas permintaan raja-raja melayu. Antara ilmuan ini termasuklah Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin al-Raniri, Abdul Samad al-Palembang, Syihabuddin bin Abdullah Muhammad dan Raja Ali Haji.
Sebagai contoh kitab Hadiqat al-Rayihin dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa (1271-1315)/(91856-1908). Beliau mendapat pendidikan tempatan di Pattani, kemudian melanjutkan pengajian di Makkah, yang menjadi kiblat pengajian lanjutan pada zaman itu. Beliau juga antara pelajar melayu yang terawal melanjutkan pengajian di Mesir selepas menuntut di Makkah. Selain ilmu-ilmu keislaman seperti usuluddin, fikah, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf, beliau turut mempelajari ilmu sains, perubatan dan sastera.
Syeikh Ahmad juga menghasilkan karangan dalam beberapa bidang keilmuan. Menurut kajian, hasil karangan beliau berjumlah 23 buah iaitu 10 buah dalam bahasa melayu dan selebihnya dalam bahasa arab. Karangan itu mencakupi bidang usuluddin, fikah, tasawuf, bahasa, sejarah, perubatan, sains dan sasera.
Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayihin bermaksud ‘Taman Bunga dan Bauan’. Kitab sastera ini bermuat kisah para solihin seperti imam empat mazhab, tokoh, sufi, wali dan sultan. Kitab ini turut mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat, akidah, ubat-ubatan, permainan, bahasa dan poliik. Dalam teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin, petikan membicarakan hal yang berkaitan dengan pengasas mazhab Shafii, iaitu imam Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafii al-Matlabi r.a.
Petikan yang menceritakan Imam Shafii ini dpt dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu latar belakang, perantauannya ke Madinah, Perantauannya ke Iraq dan Perantauannya ke Mesir. Imam Shafii dlm perantauannya itu mendalami ilmu daripada beberapa tokoh islam lain, antaranya termasuklah Imam Malik.
SINOPSIS
Imam Shafii nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Shafii bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ibunya bernama Fatimah bt Abdullah al-Mahdh bin al-Husain al-Muthanna bin al-Hassan al-Sibt bin Ali bin Abi Talib. Beliau dilahirkan pada bulan Rejab atau bulan Syaaban di Ghazzah atau Asqalan atau Yaman, dan sebenarnya beliau dilahirkan di Ghazzah. Beliau dibesarkan di Makkah. Beliau menghafaz al-Quran semasa umur tujuh tahun dan menghafal Muwatta’ semasa umurnya 10 tahun. Antara tokoh yang menjadi guru beliau termasuklah Imam Malik, Ismail dan Abdul Wahab bin Abdul Majid al-Thaqafi. Telah ditakrifkan bahawa Imam Shafii adalah imam ikutan oleh sekalian manusia. Beliau berakhlak mulia, tajam akal fikiran dan fasih dalam pertuturannya. Imam Shafii membahagikan masa malamnya kepada tiga bahagian, iaitu belajar, solat dan satu bahagian lagi adlah waktu rehat(tidur). Beliau khatam al-Quran setiap hari sekali manakala bulan Ramadan beliau akan khatam al-Quran 60 kali menerusi solatnya. Beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama 16 tahun kerana baginya kenyang akan memberatkan tubuh badan serta mengeraskan hati, menghapuskan kecerdikan, menyebabakan berasa ngantuk dan melemahkan ibadat. Beliau tidak pernah rehat dari peribadatannya, tidak pernah bersumpah dengan nama Allah dan tidak pernah berdusta.
Perantauannya ke Madinah
Imam Shafii meninggalkan Makkah merantau ke Madinah semasa berusia 14 tahun dengan menyertai satu angkatan musafir. Sebelum dibenarkan menyertai angkatan itu, beliau dipelawa makan. Beliau Atas sifat imam Shafii menghormat cara meraka makan, beliau dibenarkan menunggang kuda yang cantik. Dalam perantauan yang memakan masa 8 hari itu, imam Shafii khatam al-Quran sebanyak 16 kali. Imam Shafii tiba di Madinah pada hari ke 8 lalu bersolat asar di masjid Nabi serta menziarahi makam Rasulullah. Di situ, beliau menyertai imam Malik yang sedang mengajarkan ilmu hadis di sisi makam Rasulullah. Imam Shafii menulis hadis yang didengarnya di telapak tangannya dengan menggunakan air liur. Imam Malik berasa takjub denagn kebolahan imam Shafii yang dapat menghafaz 25 hadis yang diajarnya. Imam Malik embawa imam Shafii kerumahnya. Beliau makan bersama-sama dan beroleh satu pengajaran apabila orang suruhan imam Malik menghulurkan air basuh tangan kepada imam Shafii terlebih dahulu. Menurut imam Malik, sepatutnya tuan rumah membasuh tangan terlebih dahulu dan diikuti tetamu. Imam Shafii beroleh stu lagi pengajaran semasa Imam Malik mengejutnya untuk melakukan solat. Imam Malik telah membawa satu bekas air untuk digunakan oleh Imam Shafii, menurut Imam Shafii, seseorang tuan rumah wajib melayan tetamunya dengan sebaiknya. Seterusnya mereka bersolat subuh di Masjid Nabi. Selepas bersolat Imam Shafii disuruh oleh Imam Malik membacakan hadis Muwatta’ kepada para hadirin.
Perantauannya ke Iraq
Selepas 28 bulan tinggal bersama-sama dengan Imam Malik, Imam Shafii kemudiaannya merantau pula ke Kufah di negeri Iraq. Hal ini dilakukannyasetelah mendapat tahu bahawa di Kufah terdapat dua orang guru yang alim bernama Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hassan, sahabat Abu Hanifah. Apabila tiba di Kufah, Imam Shafii bersolat asar di sebuah masjid. Di situ, beliau telah menegur seorang jemaah supaya memperelok solatnya. Hal ini diadukan oleh jemaah itu kepada Muhammad bin al-Hassan dan Abu Yusuf lalu perdebatan tentang solat sesame mereka. Apabila mengetahui tahap pengetahuan Imam Shafii, Muhammad dan Yusuf mengajukan hal berkaitan taharah, zakat, jual beli dan faraid. Semua hal itu diselesaikannya denagn berpandukan al-Quran, hadis dan ijtimak ulama. Imam Shafii dibawa mereka ke kediamannya. Kekayaan Muhammad mengejutkan Imam Shafii sehingga menyebabkan Imam Shafii mengeluarkan menangis. Hal ini demikian kerana, beliau membandingkan kehidupan penduduk Hijaz yang begitu miskin sehingga ada yang makan daging kering dan hanya menghisap biji kurma dengan penduduk Iraq seperti Muhammad al-Hassan yang menghiasi pintu dan dihliznya dengan tulisan daripada air emas dan air perak. Muhammad al-Hassan menjelaskan bahawa kekayaan itu diperoleh secara halal dan dia membersihkan hartanya dengan membayar zakat. Imam Shafii berkesepatan mengelilingi Iraq, Parsi (Iran), dan negeri-negeri bukan Arab (ajam) yang lain. Beliau turut dipanggil oleh Khalifah Harun al-Rashid dan ditawarkan menjadi kadi. Walau bagaimanapun, Imam Shafii menolak tawaran itu. Sepanjang berada di Iraq, banyak masalah berkaitan agama yang dihadapi oleh penduduk negeri itu. Salah satunya ialah peristiwa seorang imam muda yang terlupa akan suatu bacaan dalam solatnya. Hal itu merosakkan solatnya dan Imam Shafii menyuruh bersolat semula dan beliau mngajar tentang al-Sahwi kpd imam muda itu. Peristiwa itu mendorongbeliau menghasilkan Kitab al-Za’rafan yang berpandukan al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Beliau juga diberi hak untuk mengutipzakat di Najran oleh Khalifah Harun al-Rashid.
Perantauannya ke Mesir
Imam Shafii selanjutya merantau ke Mesir dan di negeri itu, beliau telah mentafsir mazhabnya di masjid Amru bin al-As. Beliau menyebarkan ilmu agama kepada semua umat islam. Perkahwinannya dengan Hamidah binti Nafi bin Umaiyah bin Amru bin Uthman Bin Affan telah membolehkannya beroleh beberapa orang putera dan puteri. Antaranya Abu Uthman Muhammad, al-Hassan (meninggal dunia semasa kecil), Fatimah dan Zainab. Imam Shafii merupakan ulama fiqah yang berjasa, masyur, tinggi budi pekerti dan bersifat zuhud. Beliau meninggal dunia di Mesir tahun 204 H, semasa berumur 54 tahun.
CIRI-CIRI
Sastera kitab dihasilkan oleh golongan ulama yang mempunyai pengetahuan tentang agama dan menguasai bahasa arab dengan baik. Antaranya Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel dan Syamsuddin al-Sumatrani. Mereka memiliki ilmu agama yang tinggi dan mendapat pelajaran serta pendidikan di Tanah Arab terutama di Makkah.
Sastera kitab bertemakan tentang keagamaan yang berkaitan dengan agama islam. Misalnya sastera kitab membicarakan dari sega tauhid, fiqah, mantic dan buku-buku agama yang berbentuk pengajaran, mengenai asas-asas islam seperti Rukun Iman, Rukun Islam, KItab Seribu masalah dan sebagainya.
Sastera kitab adalah bersifat benar. Kitab-kitab berkaitan dengan tauhid, fiqah, mantic adalah benar kerana ditulis oleh tokoh-tokoh agama dan ulama-ulama yang tinggi pengetahuan agamanya. Penyandaran hujah dengan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis. Misalnya, kitab mirat al-Muhakkin yang menghuraikan makrifat Allah, zikir dan kitab ini ditulis oleh Syamsuddin al-Sumatrani.
Karya-karya sastera kitab ini bersifat terjemahan. Kitab-kitab dalam bahasa arab diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, misalnya, Syeikh Hamzah Fansuri menterjemahkan kitab Sharab al-Asyikin dengan tajuk dalam bahasa melayu iaitu minuman orang yang cintakan tuhan.
Kebanyakan hasil sastera bercorak kitab ini menggunakan bahasa melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa arab dan ditujukan kepada mereka yang tidak pandai berbahasa arab. Misalnya, Sharab al-Asyiqin ditulis dalam bahasa melayu jawi supaya dapat difahami.
FUNGSI
Karya sastera melayu bukan hanya berfungsi sebagai penghibur tetapi membantu mendidik masyarakat kearah nilai-nilai yang mulia. Karya-karya sastera mengajar kita menghormati orang lain, menghargai budi baik, mengasihi orang tua dan juga mengingatkan tentang keburukan menderhaka. Kita diajak bermurah hati, jangan memfitnah tetapi menjaga kemuliaan diri, memupuk sifat rajin dan beratus-ratus nilai dan petunjuk lainnya.
Fungsi setiap genre dalam masyarakat dan perkembangan KMT berdasarkan contoh yang terdapat dalam sastera kitab teks Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin.
Fungsinya adalah bagi menguatkan akidah dan kepercayaan kepada islam. Ini terbukti dalam teks kitab hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin yang berbunyi “adalah ia membahagikan malamnya tiga bahagi. Satu bahagi bagi ilmu dan satu bahagi bagi sembahyang dan satu bahagi bagi tidur. (dan diriwayatkan) daripada Rabi’, adalah imam Shafii r.a. juga bahawasanya imam Shafii r.a mengkhatamkan al-Quran pada tiap-tiap hari sekali….” Ini jelas menunjukkan bahawa sastera kitab adalah untuk menguatkan akidah dan kepercayaan seseorang kepada islam.
Fungsi lain adalah menyampaikan ilmu tertentu dan kepentingan menuntut ilmu. Ini dapat dijelaskan melalui teks tersebut seperti “maka berkata ia bagiku, ‘bermula ilmu itu faedah yang kembali daripadanya kepada faedah. Adakah tiada engkau ketahui bahawasanya malaikat menghantarkan sayapnya bagi orang yang menuntuti ilmu, kerana redanya dengan barang yang dituntutnya”.
Fungsi sastera kitab juga bagi memenuhi tuntutan ubudiyah dalam islam.
MESEJ
Menstukturkan pemikiran khalayak kepada sesuatu yang ‘betul’ dan ‘tidak betul’, dibenarkan dan tidak dibenarkan, positif dan negative yang menghala kepada pembentukan sikap yang wajar dan kepercayaan yang benar kepada keramat. Menegaskan kepercayaan kepada prinsip-prinsip agamanya.
Sebagai manusia yang dikurnia akal hendaklah menggunakan akal denan sebaik-baiknya kerana akal membentuk peribadi kita.
Manusia yang beragama islam digalakkan mencari ilmu walau ke negeri Cina sekalipun. Hal ini kerana, dengan ilmu kita dipandang tinggi masyarakat. Seperti imam Shafii sangat disanjungi dan dipandang tinggi sehingga menjadi ikutan kerana beliau penuh ilmu di dada.
Hendaklah menjaga akhlak dan menunjukkan akhlak atau tingkah laku yang baik apabila berada di mana sahaja. Akhlak yang terpuji menggambarkan peribadi, sifat dan sikap seseorang yang sebenar. Dengan adanya akhlak yang terpuji, masyarakat akan menghormati kita.
Hendaklah menyampaikan atau berkongsi ilmu pengetahuan yang kita ada dengan orang lain. Sebagai manusia yang hidup di bawah muka bumi yang sama seharusnya saling bertukar dan berkongsi ilmu kerana ia membantu bangsa, Negara dan agama supaya lebih maju.
Hendaklah meyakini, dan mempercayai tentang agama yang kita anuti terutamanya kita yang beragama islam. Kita hendaklah percaya dan menerima apa yang berlaku dan apa yang telah ditetapkan ALLAH SWT. Sesungguhnya setiap kejadian ada tersirat hikmah tersendiri yang mengajar erti sebenar kehidupan.
Hendaklah berani menegur sesuatu yang salah dan menerima setiap teguran. Kerana dari teguran ia akan memperbaiki kesalahan dan dapat menunjukkan bahawa kita sangat kekurangan pengetahuan.
KESIMPULAN
Bangsa melayu sangat kaya dengan hasil-hasil karya tradisinya. Karya-karya tersebut membuktikan ketinggian tamadun bangsa melayu. Hasil-hasil kesusasteraan telah memainkan peranan yang amat penting untuk menjana pemikiran manusia, meluaskan pengalamannya serta menghaluskan perasaannya. Khazanah yang amat berharga itu hendaklah dihayati dan dipraktikan amanatnya sebagai amanat hidup.
Naluri manusia sebagai pelajar penting dipenuhi dan memenuhi naluri ini mendatangkan perasaan kepuasan yang menjadi satu daripada maksud perkataan ‘sukacita’. Hikayat Isma Yatim, syair kitab al-NIkah, Syair Hukum Faraid dan Syair suluh Pegawai adalah antara beberapa banyak karya sastera yang membawakan pengetahuan praktikal, khususnya syarat menjadi pegawai dan pemerintah yang baik. Manakala sastera kitab seperti dalam teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin membawakan pengetahuan tentang keagamaan.
Melalui pengetahuan praktikal ini banyak yang dapat dibuat. Sastera dalam definisi terbesarnya menyimpan tunjuk ajar, bimbingan, resipi, salasilah, keagamaan, cara-cara menjaga kesihatan dan menyembuh penyakit. Inilah yang disebut Eric Havelock sebagai ensiklopedia. Ilmu abstrak dan praktikal dalam sastera melayu, misalnya, sastera me;layu menyimpan ratusan mentera untuk menjaga diri daripada musuh, binatang buas dan penyakit, mengetahui hukum fiqah dan faraid, menghayati kehidupan sufi dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment