HIKAYAT NUR MUHAMMAD
Selepas Nur Muhammad di cipta oleh Allah maka Allah berfirman bahawa Dia telah mewajibkan semua manusia melaksanakan Rukun Islam yang kelima.Hikayat ini menceritakan daripada Nur Muhammad,Allah telah menciptakan seekor burung yang cantik,kepalanya adalah Ali bin Aba Talib,matanya Hasan danHusin,lehernya Fatimah manakala sayapnya Abu Bakar Al-Siddiq dan Umar,ekornya Hamzah dan Abu Talib,belakangnya Abbas serta kakinya Siti Khadijah.selepas itu Allah memerintahkan Nur Muhammad mengharungi tujuh lautan.Setiap satu lautan itu memerlukan tempoh 10 000 tahun:
“Hai Nur Muhammad pergilah engkau kepada tujuh lautan itu,berenanglah engkau pada setiap laut itu 10 000 tahun lamanya”
(petikan dari Teks Mutiara Sastera Melayu Tradisional, muka surat 190,baris ke dua dari atas)
Apabila Nur Muhammad keluar dari lautan,titisan air yang jatuh daripada Nur Muhammad tadi telah di jadikan tiga belas nabi,malikat,Kalam,Luh Mahfuz,Arsh,Tujuh Petala Langit,matahari,bulan,angin,air,pokok kehidupan,pokok Tuba,cap Nabi Sulaiman, dan tongkat Nabi Musa. Kemudian Nur Muhammad diperintahkan oleh Allah menemui empat unsur alam iaitu air,angin,tanah, dan api bagi menyeru mereka menganut agama Islam.Di akhir cerita , pengarang menyebut tentang faedah dan pahala yang akan di berikan oleh Allah kepada orang yang membaca ,mendengar serta menyimpan Hikayat Nur Muhammad.
HIKAYAT NABI BERCUKUR
Hikayat ini mengisahkan Nabi Muhammad telah di perintahkan oleh Allah supaya bercukur.Perintah Allah itu di sampaikan oleh Malaikat Jibrail selepas Rasulluah pulang dari peperangandengan Raja Lahad.Nabi Muhammad bertanya Malaikat Jibrail siapakah yang akan menjadi penyukurnya serta di manakah baginda akan mendapat songkok untuk di pakai. Maliakat Jibrail mengemukakan soalan itu kepada Allah dan Allah berkata bahawa Malaikat Jibrail yang akan melakukan tugas itu. Rasulluah di kehendaki bercukur di hadapan cahayanya , kerana ia adalah cahaya dari sekalian nabi.Bagi menyediakan songkok Nabi, Malaikat Jibrail diperintahkan oleh Allah membuatnya daripada daun-daun pohon Tuba yang terdapat di syurga. Apabila upacara bercukur di laksanakan Allah memerintah sekalian anak bidadari supaya turun ke dunia bagi mengambil rambut Rasulluah untuk di jadikan azimat.
Pengarang cerita Hikayat Nabi Bercukur mengakhiri ceritanya denga menerangkan tentang faedah-faedah atau ganjaran-ganjaran yang akan di peroleh bagi sesiapa yang membaca dan menyimpan hikayat ini.
HIKAYAT NABI WAFAT
Pada suatu hari Malaikat Jibrail telah memaklumkan kepada Nabi Muhammad bahawa ajalnya sudah tiba.Apabila Siti Fatimah dan Aisyah di beritahu tentang berita itu, mereka pun menangis sambil menepuk-nepuk dada. Perbualan Siti Fatimah dan Aisyah telah di tegur oleh Nabi, lalu baginda berjanji untuk menemui puteri baginda di Padang Mahsyar. Nabi Muhammad menyeru pengikut-pengikutnya supaya menjelaskansebarang kesalahan yang telah baginda lakukan kepada mereka agar baginda dapat meminta maaf serta membersihkan dosanya.Seorang sahabat Nabi bernama Akasyah tampil kehadapan memaklumkan bahawa baginda pernah memukulnya denga tidak sengaja dalam satu medan pertempuran. Nabi Muhammad mememerintahkan supaya sahabatnya itu di berikan kesempatan untuk membalas balik perbuatan baginda dengan memukul baginda sebagai satu cara untuk membersihkan dosa baginda.Apabila Nabi Muhammad menanggalkan pakaian untuk di pukul oleh Akasyah, lantas Akasyah mencium pusat baginda. Selepas peristiwa itu wajah Akasyah telah menjadi amat bercahaya.Kemudian baginda di bawa pulang dari masjid ke rumah dan baginda sempat bertemu para sahabatnya sebelum baginda wafat.
GOLONGAN PENULIS AGAMA
Penulis intelek agama ialah segolongan penulis yang telah memberi sumbangan pada tahun 1920-an dan 1930-an.Dari sudut pendidikan,mereka mendapat pendidikan sekolah melayu dan Arab.Penulis golongan agama terpengaruh dengan fahaman modenisasi islam yang di bawa oleh Muhammad Abduh,sama ada secara langsung,sewaktu belajar di Timur Tengah,atau melalui orang-orang yang telah belajar di Mesir.
Dari segi pekerjaan,golongan penulis intelek agama menjadi guru di madrasah serta menjadi wartawan.Golongan intelek agama yang penting dalam Kesusasteraan Mekayu Moden ialah Syed Sheikh al-Hadi,Ahmad bin Muhammad Rashid Talu,Ahmad bin Haji Ismail,dan Sheikh Tahir Jalaluddin.
Golongan penulis intelek agama memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan ilmu dan kesusasteraan Melayu Moden terutamanya selepas Abdullah Munsyi.Antara sumbangan dan peranan golongan penulis agama ialah membentuk pemikiran masyarakat Melayu dengan mengemukakan pelbagai pandangan baru yang menyentuh aspek ekonomi,social dan politik orang-orang Melayu dalam akhbar-akhbar yang menjadi lidah rasmi mereka seperti Al-Imam,Al-Ikhwan dan Saudara.
Dalam bidang pendidikan,golongan penulis agama juga memainkan peranan dengan mengembangkan pendidikan Melayu serta Islam melalui madrasah yang ditubuhkan oleh mereka.Misalnya Syed Shekh al-Hadi ialah madrasah Al-Masyor di Pulau Pinang dan madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.
Sumbangan dan peranan golongan penulis intelek agama dalam bidang kesusasteraan Melayu ialah menterjemahkan serta menerbitkan siri-siri Cerita Rokambul (cerita mata-mata gelap Arab).Usaha penterjemahan novel mata-mata gelap dalam siri Rokambul mengandungi cerita-cerita seperti Cerita Rokambul dalam jail,cerita rokambul dalam Siberia,cerita rokambul dengan korban Hindi,cerita rokambul dengan Malim kaum Nur dan cerita rokambul dengan Taman Penglipur Lara.
Mereka juga menulis serta menerbitkan novel-novel melayu saduran dari Timur Tengah serta novel-movel melayu asli.Karya Syed Sheikh al-Hadi ialah Hikayat Taman Cinta Berahi(1928),Hikayat Anak Dara Ghassan(1929),Hikayat Cermin Kehidupan(1929),Hikayat Puteri Nurul Ain(1929),Hikayat Pembelaan dalam Rahsia(1930),dan Hikayat Setia Asyik kepada Makhyuknya/Hikayat Faridah Hanum (1925-1926).Dengan terbitnya novel-novel saduran ini telah menjadikan Syed Sheikh al-Hadi sebagai “pelopor novel melayu”.Kesemua novel yang disadur itu diterbitkan melalui siri the Moral trainer/”pendidikan Akhlak”.Golongan penulis intelek agama juga merupakan golongan penulis yang pertama menghasilkan novel melayu asli.Ini dilakukan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid talu yang menulis dan menerbitkan beberapa novel melayu asli.Antaranya ialah novel Kawan benar(1927),Iakah salmah(1928),Dua Belas Kali Sengsara(1929),Siapa Jahat(1930) dan lain-lain lagi.Ahmad bin Muhammad Rashid talu dianggap asli kerana berlatarbelakangkan Tanah Melayu.Novel kawan Benar mengisahkan kecurangan seorang suami yang berlaku di Pulau Pinang.
Sebagai seorang ulama,Syed Sheikh al-Hadi juga menghasilkan buku-buku agama iaitu Tafsir Juz Amma(1927),Tafsir al-Fatihah(19280,Kitab Alam Perempuan(1930),Kitab Agama Islam dan akal(1931) serta Hadiah Kebangsaan(1933).
SIFAT-SIFAT/CIRI-CIRI KARYA GOLONGAN PENULIS INTELEK AGAMA
Golongan penulis agama sebenarnya lebih banyak menekankan tentang aspek-aspek yang berkaitan tema emansipasi wanita seperti yang terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanum.Disamping itu,ia menonjolkan juga tema percintaan,penyesuaian muda-mudi Islam terhadap dunia moden,dan persoalan kelemahan masyarakat melayu dalam bidang ekonomi,politik dan social.
TEMA
Tema emansipasi waniya dapat dilihat melalui novel Hikayat Faridah Hanum karya Syed Sheikh al-Hadi dan novel Iakah Salmah karya Ahmad Rashid Talu.Melalui Hikayat Faridah Hanum,pengarang membincangkan soal hak perempuan,pendidikan serta peranannya dalam masyarakat.Tentang kewajipan seorang isteri,Persoalan wanita juga terdapat dalam novel Iakah Salmah.Diikuti dengan persoalan Penyesuaian muda-mudi terhadap dunia moden.
PLOT
Novel-novel yang dihasilkan oleh penulis agama masih memperlihatkan pengaruh cerita klasik,khasnya cerita lipur lara.Plotnya bermula dengan pengenalan watak yang terlibat seperti dua watak muda-mudi saling mencintai antara satu sama lain.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak dalam novel dihasilkan oleh penulis agama biasanya terdiri daripada watak-watak golongan bangsawan dan kaya-raya.
PENGGUNAAN BAHASA
Gaya bahasa dalam noyel karya penulis agama memperlihatkan wujudnya pengaruh tradisi.Penulis agama menggunakan “klise-klise”apabila menggambarkan sifat-sifat watak.Syair dan pantun diselitkan oleh penulis dalam novel mereka.
LATAR
Novel Faridah Hanum mengambil latar bukan di tanah melayu tetapi di Mesir.Berbeza dengan novel karya Ahmad Rashid Talu yang mengambil latar tempat di tanah melayu.
SHAHNON AHMAD
Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 dikampung Banggul Derdap Sik,Kedah.Shahnon Ahmad memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1971) di Australia Nasional University serta ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1975 di Universiti Sains Malaysia.Profesor Emiratus Universiti Sains Malaysia ini pernah memenangi penulisan esei dan kritikan terbaik oleh panel hadiah sasyera.
Selain itu,Shahnon Ahmad menjadi Pengarah Pusat Islam Univrsiti Sains Malaysia.Shahnon Ahmad juga pernah menerima anugerah Sastera Negara pada tahun 1982 serta memenangi hadiah karya sastera bahagian novel dan cerpen.
Shahnon Ahmad memulakan kerja kritikan sastera sejak Disember 1963 lagi dengan mengulas cerpen-cerpen yang tersiar dalam Utusan zaman sehinggalah bulan Oktober 1965.Beliau melakukan kerja-kerja kritikan daripada pendekatan formalistic.
Antara hasil karya bersifat kritikannya ialah menilai sajak Sidang Roh karya Kassim ahmad,membicarakan novel Salina karya A.Samad Said.Pada tahun 70-an dan awal tahun 80-an,beliau sering berpolemik dengan Kassim Ahmad tentang sastera islam tersiar dalam Dewan Sastera keluaran November1982 dan Januari 1983.Polemik mereka berkisar pada permasalahan teori sastera islam.Shahnon Ahmad melihat asas agama islam yang melibatkan semua aspek iaitu sastera,lahir dari dunia dalaman yang terpancar daripada pandangan yang selari dengan pegangan teologi yang benar.
Jkalau akidah tidak betul,maka dengan sendirinya terhapuslah amalan lahiriahnya.Bagi Shahnon Ahmad,sastera islam dianggap sebagai satu ibadat yang mewujudkan nilai-nilai islam dari individu penulis muslim yang menghasilkannya semata-mata kerana Allah.Kassim Ahmad melihat islam sebagai agama yang bersifat sejagat,tidak kira karya yang dihasilkan oleh penulis beragama islam/tidak,asalkan tidak bertentangan dengan prinsip islam.Contohnya,soal keadilan dan lain-lain lagi.
Kassim Ahmad menyamakan nilai sosialis dengan islam dengan alasan agama islam membawa nilai sosialis yang tidak bercanggah dengan islam.Shahnon ahmad berpendapat bahawa agama islam ialah agama yang sempurna dalam semua aspek.
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa Shahnon Ahmad seorang pengkritik sastera yang memperlihatkan mutu yang baik.Ini dapat diperhatikan melalui komen panel Hadiah Sastera yang mengatakan hasil dan tulisan Shahnon Ahmad tentang karya-karya Kassim Ahmad,Muhammad Haji Salleh,dan A.S. Amin memperlihatkan mutu yang terbaik.Shahnon Ahmad juga bebas daripada polemic yang tidak sihat malah dapat mewujudkan peranan sebagai perantaraan penting antara pengarang dengan pembaca serta mampu memberikan penilaian dengan cara tidak obstrusif kepada pembaca tentang suatu aspek yang pada intrisiknya memang abstrak,intangible serta kompieks.
ISU KONSEP SASTERA
Dalam kritikan satera,isu Konsep Sastera Islam juga di bicarakanoleh kritikus-kritikus dalam hasil-hasil tulisan mereka. Isu Konsep Sastera Islam ini lebih ketara di jadikan isi penting dalam esei kritikan sastera bermula pada tahun 1980-an.Apabila memasuki dekad 1980-an terlihat indeks yang menarik terutama polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad tentang isu sastera Islam.Polemik Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad berlangsung agak panjang dan menarik, bermula dalam Majalah Dewan Sastera (1982-1983). Polemik Kassim ahmad dan Shahnon Ahmad ini berkisar pada teori sastera Islam serta bukannya merupakan kritikan amali.
Menirut Kassim Ahmad. Islam sebagai agama universal.Oleh itu, sesiapa sahaja yang menghasilkan karya sastera yang membawa jalur kebaikan. Tidak bercanggah dengan Agama Islam , maka karya yang di hasilkan daoat di golongkan sebagai sastera Islam tanpa mengambil kira penulisnya penganut agama apa.Pendapat dan teori yang di kemukakan oleh Kassim Ah,ad ini di tentang hebat oleh Shahnon Ahmad.”Sastera Islam di anggap ibadah…Sastera yang membawa nilai-nilai Islam dari individu muslim yang menghasilkan semata-mata kerana Allah”
Polemik Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad yang berkaitan konsep sastera akhirnya di bukukan dan di terbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.
ALIRAN ISLAM
Pada zaman kebangkitan Islam , sastera yang berunsur Ilam telah mila mendaoat perhatian para penulis dan pengkritik sastera. Pelbagai sayembara bagi melibat penulis dalam sastera Islam telah di adakan oleh pelbagai pihak,sehinggalah melahirkan tokoh-tokoh penting dalam sastera Islam, seperti Shahnon Ahmad,Yusof Zaki Yaakob, dan Shafie Abu Bakar.
Dua kriteria yang menjadi tunjang dalam sastera aliran Islam ialah, tradisi Kesusasteraan Islam yang bertujuan mengukuhkan akidah dan membentuk akhlak islamiah melalui media Kesusasteraan.Pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak islamiah dijadikan prinsip dalam aliran sastera Islam sejak zaman Nabi,Khalifah Umaiyyah, dan Abbasiyah lagi.Risalah Islam yang penting dan perlu di sampaikan serta di perjuangkan setiao zaman ialah memelihara akidah dan membentuk akhlak.Kesusasteraan Islam dari sudut ibadatnya,membentuk diri setiap individu bagi memenuhi keperluan individu dan moral.Justeru para cendekiawan Islam menyatakan bahawa sastera Islam adalah untuk bertkwa.Pengertian takwa adalah merujuk kepada menyempurnakan dan membersihkan akidah,dan mengamalkan kehidupan berakhlak.Akhlak Islam ialah memelihara hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia sesama Allah.
Sastera Islam tidak lahir untuk keseronokkan semata-mata kerana seni.Sastera dalam Islam adalah sebagai wadah dan alat untuk masyarakat.Justeru Islam melihat hubungan karya dengan masyarakat dan kesan karya tersebut kepada khalayak sebagai satu persoalan pokok yang penting.Karya Islam tidak harus lari daripada memperkatakanpermasalahan akidahdan akhlak Islamiah.Kedua-dua permasalahan ini perlu di lihat pengaplikasiannya dalam aspek isi karya sastera Islam,supayaia dapat memberi kesan fizikal,mental dan rohaniah kepada khalayak.Sebagai contoh, Islam menolak karya yang bercorak lucah dan erotik kerana karya-karya yang bercorakbeginiakan meracuni pemikiran pembaca dan mempengaruhi emosi dan akhlak pembaca.
Sebagai kesimpulan ,sastera Islam perlu memiliki ciri-ciri yang mampu mempertingkatkan aspek kemanusiaan ,lebih peka kepada anugerah Tuhan, menghargai kehidupan ,memoerbaiaki silaturrahim, dan yang paling penting dapat mendekatkan manusia atau makhluk Allah dengan pencipta-Nya.
KESIMPULAN
Karya sastera di hasilkan oleh pengarang untuk santapan pembaca atau masyarakat.Karya dan pembaca saling memerlukan .Sesebuah karya yang tidak di terima pembacadianggap tidak berjaya.Jelaslah di sini bahawa kumpulan sasaran karya sastera ialah khalayak.
Kita dapat melihat da=engan jelas dan sekaligus membezakan setiap satu timbunan khazanah itu melalui isinya yang pasti menyerlahkan aspirasi dan pengaruh mahupun gaulan pengaruh-pengaruh.Pengaruh-pengaruh yang menguasai karya-karya itu membentuk jalur-jalur warna bagi pelangi. Namun kepelbagaian warna itulah yang menjadikannya begitu unik.Sebahagiannya menjadi begitu unik apabila di tinjau dari sudut adunanya yang menempatkan idea-idea asing.Kebolehan itu bukanlah satu kebetulan tetapi lahir daripada kecemerlangan kreativiti pengarangnya.
Absolutely beautiful, thanxs for creating this awesome blog/..
ReplyDeleteMerbau Australia
lain je
ReplyDelete