Izinkan aku menarikan lenggok irama dengan iringan nada yang tampak meriah setiap jurus langkah tari itu aku bentuk seninya agar lagunya setanding agar tidak nampak sumbang agar sentiasa segar dipupuk arus melodinya namun pastinya aku akur bila lenggok tari itu pincang bila nada alunannya sumbang pentas yang ada jelas tidak pernah tetap duduknya izinkan aku dan lenggok tari itu berada pada sudut yang mampu ditatap bila ada rindu yang tidak pernah sesat

Monday, June 13, 2011

KESUSASTERAAN AGAMA


HIKAYAT NUR MUHAMMAD

               Selepas Nur Muhammad di cipta oleh Allah maka Allah berfirman bahawa Dia telah mewajibkan semua manusia melaksanakan Rukun Islam yang kelima.Hikayat ini menceritakan daripada Nur Muhammad,Allah telah menciptakan seekor burung yang cantik,kepalanya adalah Ali bin Aba Talib,matanya Hasan danHusin,lehernya Fatimah manakala sayapnya Abu Bakar Al-Siddiq dan Umar,ekornya Hamzah dan Abu Talib,belakangnya Abbas serta kakinya Siti Khadijah.selepas itu Allah memerintahkan Nur Muhammad mengharungi tujuh lautan.Setiap satu lautan itu memerlukan tempoh 10 000 tahun:
                  “Hai Nur Muhammad pergilah engkau kepada tujuh lautan itu,berenanglah engkau pada setiap laut itu 10 000 tahun lamanya”
                                                                                                                                          (petikan dari Teks Mutiara Sastera Melayu Tradisional,                                                                                                                                   muka surat 190,baris ke dua dari atas)

                Apabila Nur Muhammad keluar dari lautan,titisan air yang jatuh daripada Nur Muhammad tadi telah di jadikan tiga belas nabi,malikat,Kalam,Luh Mahfuz,Arsh,Tujuh Petala Langit,matahari,bulan,angin,air,pokok kehidupan,pokok Tuba,cap Nabi Sulaiman, dan tongkat Nabi Musa. Kemudian Nur Muhammad diperintahkan oleh Allah menemui empat unsur alam  iaitu air,angin,tanah, dan api bagi menyeru mereka menganut agama Islam.Di akhir cerita , pengarang menyebut tentang faedah dan pahala yang akan di berikan oleh Allah kepada orang yang membaca ,mendengar serta menyimpan Hikayat Nur Muhammad.


HIKAYAT NABI BERCUKUR

                  Hikayat ini mengisahkan Nabi Muhammad telah di perintahkan oleh Allah supaya bercukur.Perintah Allah itu di sampaikan oleh Malaikat Jibrail selepas Rasulluah pulang dari peperangandengan Raja Lahad.Nabi Muhammad bertanya Malaikat Jibrail siapakah yang akan menjadi penyukurnya serta di manakah baginda akan mendapat songkok untuk di pakai. Maliakat Jibrail mengemukakan soalan itu kepada Allah dan Allah berkata bahawa Malaikat Jibrail yang akan melakukan tugas itu. Rasulluah di kehendaki bercukur di hadapan cahayanya , kerana ia adalah cahaya dari sekalian nabi.Bagi menyediakan songkok Nabi, Malaikat Jibrail diperintahkan oleh Allah membuatnya daripada daun-daun pohon Tuba yang terdapat di syurga. Apabila upacara bercukur di laksanakan Allah memerintah sekalian anak bidadari supaya turun ke dunia bagi mengambil rambut Rasulluah untuk di jadikan azimat.

Pengarang cerita Hikayat Nabi Bercukur mengakhiri ceritanya denga menerangkan tentang faedah-faedah atau ganjaran-ganjaran yang akan di peroleh bagi sesiapa yang membaca dan menyimpan hikayat ini.


HIKAYAT NABI WAFAT

                 Pada suatu hari Malaikat Jibrail telah memaklumkan kepada Nabi Muhammad bahawa ajalnya sudah tiba.Apabila Siti Fatimah dan Aisyah di beritahu tentang berita itu, mereka pun menangis sambil menepuk-nepuk dada. Perbualan Siti Fatimah dan Aisyah telah di tegur oleh Nabi, lalu baginda berjanji untuk menemui puteri baginda di Padang Mahsyar. Nabi Muhammad menyeru pengikut-pengikutnya supaya menjelaskansebarang kesalahan yang telah baginda lakukan kepada mereka agar baginda dapat meminta maaf serta membersihkan dosanya.Seorang sahabat Nabi bernama Akasyah tampil kehadapan memaklumkan bahawa baginda pernah memukulnya denga tidak sengaja dalam satu medan pertempuran. Nabi Muhammad mememerintahkan supaya sahabatnya itu di berikan kesempatan untuk membalas balik perbuatan baginda dengan memukul baginda sebagai satu cara untuk membersihkan dosa baginda.Apabila Nabi Muhammad menanggalkan pakaian untuk di pukul oleh Akasyah, lantas Akasyah mencium pusat baginda. Selepas peristiwa itu wajah Akasyah telah menjadi amat bercahaya.Kemudian baginda di bawa pulang dari masjid ke rumah dan baginda sempat bertemu para sahabatnya sebelum baginda wafat.

GOLONGAN PENULIS AGAMA

              Penulis intelek agama ialah segolongan penulis yang telah memberi sumbangan pada tahun 1920-an dan 1930-an.Dari sudut pendidikan,mereka mendapat pendidikan sekolah melayu dan Arab.Penulis golongan agama terpengaruh dengan fahaman modenisasi islam yang di bawa oleh Muhammad Abduh,sama ada secara langsung,sewaktu belajar di Timur Tengah,atau melalui orang-orang yang telah belajar di Mesir.
               Dari segi pekerjaan,golongan penulis intelek agama menjadi guru di madrasah serta menjadi wartawan.Golongan intelek agama yang penting dalam Kesusasteraan  Mekayu Moden ialah Syed Sheikh al-Hadi,Ahmad bin Muhammad Rashid Talu,Ahmad bin Haji Ismail,dan Sheikh Tahir Jalaluddin.
               Golongan penulis intelek agama memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan ilmu dan kesusasteraan Melayu Moden terutamanya selepas Abdullah Munsyi.Antara sumbangan dan peranan golongan penulis agama ialah membentuk pemikiran masyarakat Melayu dengan mengemukakan pelbagai pandangan baru yang menyentuh aspek ekonomi,social dan politik orang-orang Melayu dalam akhbar-akhbar yang menjadi lidah rasmi mereka seperti Al-Imam,Al-Ikhwan dan Saudara.
                 Dalam bidang pendidikan,golongan penulis agama juga memainkan peranan dengan mengembangkan pendidikan Melayu serta Islam melalui madrasah yang ditubuhkan oleh mereka.Misalnya Syed Shekh al-Hadi ialah madrasah Al-Masyor di Pulau Pinang dan madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.
                  Sumbangan dan peranan golongan penulis intelek agama dalam bidang kesusasteraan Melayu ialah menterjemahkan serta menerbitkan siri-siri Cerita Rokambul (cerita mata-mata gelap Arab).Usaha penterjemahan novel mata-mata gelap dalam siri Rokambul mengandungi cerita-cerita seperti Cerita Rokambul dalam jail,cerita rokambul dalam Siberia,cerita rokambul dengan korban Hindi,cerita rokambul dengan Malim kaum Nur dan cerita rokambul dengan Taman Penglipur Lara.
                    Mereka juga menulis serta menerbitkan novel-novel melayu saduran dari Timur Tengah serta novel-movel melayu asli.Karya Syed Sheikh al-Hadi ialah Hikayat Taman Cinta Berahi(1928),Hikayat Anak Dara Ghassan(1929),Hikayat Cermin Kehidupan(1929),Hikayat Puteri Nurul Ain(1929),Hikayat Pembelaan dalam Rahsia(1930),dan Hikayat Setia Asyik kepada Makhyuknya/Hikayat Faridah Hanum (1925-1926).Dengan terbitnya novel-novel saduran ini telah menjadikan Syed Sheikh al-Hadi sebagai “pelopor novel melayu”.Kesemua novel yang disadur  itu diterbitkan melalui siri the Moral trainer/”pendidikan Akhlak”.Golongan penulis intelek agama juga merupakan golongan penulis yang pertama menghasilkan novel melayu asli.Ini dilakukan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid talu yang menulis dan menerbitkan beberapa novel melayu asli.Antaranya ialah novel Kawan benar(1927),Iakah salmah(1928),Dua Belas Kali Sengsara(1929),Siapa Jahat(1930) dan lain-lain lagi.Ahmad bin Muhammad Rashid talu dianggap asli kerana berlatarbelakangkan Tanah Melayu.Novel kawan Benar mengisahkan kecurangan seorang suami yang berlaku di Pulau Pinang.
                      Sebagai seorang ulama,Syed Sheikh al-Hadi juga menghasilkan buku-buku agama iaitu Tafsir Juz  Amma(1927),Tafsir al-Fatihah(19280,Kitab Alam Perempuan(1930),Kitab Agama Islam dan akal(1931) serta Hadiah Kebangsaan(1933).


SIFAT-SIFAT/CIRI-CIRI KARYA GOLONGAN PENULIS INTELEK AGAMA
             Golongan penulis agama sebenarnya lebih banyak menekankan tentang aspek-aspek yang berkaitan tema emansipasi wanita seperti yang terdapat dalam novel Hikayat Faridah Hanum.Disamping itu,ia menonjolkan juga tema percintaan,penyesuaian muda-mudi Islam terhadap dunia moden,dan persoalan kelemahan masyarakat melayu dalam bidang ekonomi,politik dan social.

TEMA
Tema emansipasi waniya dapat dilihat melalui novel Hikayat Faridah Hanum karya Syed Sheikh al-Hadi dan novel Iakah Salmah karya Ahmad Rashid Talu.Melalui Hikayat Faridah Hanum,pengarang membincangkan soal hak perempuan,pendidikan serta peranannya dalam masyarakat.Tentang kewajipan seorang isteri,Persoalan wanita juga terdapat dalam novel Iakah Salmah.Diikuti dengan persoalan Penyesuaian muda-mudi terhadap dunia moden.

PLOT
Novel-novel yang dihasilkan oleh penulis agama masih memperlihatkan pengaruh cerita klasik,khasnya cerita lipur lara.Plotnya bermula dengan pengenalan watak yang terlibat seperti dua watak muda-mudi saling mencintai antara satu sama lain.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak dalam novel dihasilkan oleh penulis agama biasanya terdiri  daripada  watak-watak golongan bangsawan dan kaya-raya.



PENGGUNAAN BAHASA
Gaya bahasa dalam noyel karya penulis agama memperlihatkan wujudnya pengaruh tradisi.Penulis agama menggunakan “klise-klise”apabila menggambarkan sifat-sifat watak.Syair dan pantun diselitkan oleh penulis dalam novel mereka.

LATAR
Novel Faridah Hanum mengambil latar bukan di tanah melayu tetapi di Mesir.Berbeza dengan novel karya Ahmad Rashid Talu yang mengambil latar tempat di tanah melayu. 

SHAHNON AHMAD
              Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 dikampung Banggul Derdap Sik,Kedah.Shahnon Ahmad memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1971) di Australia Nasional University serta ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1975 di Universiti Sains Malaysia.Profesor Emiratus Universiti Sains Malaysia ini pernah memenangi penulisan esei dan kritikan terbaik oleh panel hadiah sasyera.
                  Selain itu,Shahnon Ahmad menjadi Pengarah Pusat Islam Univrsiti Sains Malaysia.Shahnon Ahmad juga pernah menerima anugerah Sastera Negara pada tahun 1982 serta memenangi hadiah karya sastera bahagian novel dan cerpen.
                   Shahnon Ahmad memulakan kerja kritikan sastera sejak Disember 1963 lagi dengan mengulas cerpen-cerpen yang tersiar dalam Utusan zaman sehinggalah bulan Oktober 1965.Beliau melakukan kerja-kerja kritikan daripada pendekatan formalistic.
                    Antara hasil karya bersifat kritikannya ialah menilai sajak Sidang Roh karya Kassim ahmad,membicarakan novel Salina karya A.Samad Said.Pada tahun 70-an dan awal tahun 80-an,beliau sering berpolemik dengan Kassim Ahmad tentang sastera islam tersiar dalam Dewan Sastera keluaran November1982 dan Januari 1983.Polemik mereka berkisar pada permasalahan teori sastera islam.Shahnon Ahmad melihat asas agama islam yang melibatkan semua aspek iaitu sastera,lahir dari dunia dalaman yang terpancar daripada pandangan yang selari dengan pegangan teologi yang benar.
                    Jkalau akidah tidak betul,maka dengan sendirinya terhapuslah amalan lahiriahnya.Bagi Shahnon Ahmad,sastera islam dianggap sebagai satu ibadat yang mewujudkan nilai-nilai islam dari individu penulis muslim yang menghasilkannya semata-mata kerana Allah.Kassim Ahmad melihat islam sebagai agama yang bersifat sejagat,tidak kira karya yang dihasilkan oleh penulis beragama islam/tidak,asalkan tidak bertentangan dengan prinsip islam.Contohnya,soal keadilan dan lain-lain lagi.
                    Kassim Ahmad menyamakan nilai sosialis dengan islam dengan alasan agama islam membawa nilai sosialis yang tidak bercanggah dengan islam.Shahnon ahmad berpendapat bahawa agama islam ialah agama yang sempurna dalam semua aspek.
                    Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa Shahnon Ahmad seorang pengkritik sastera yang memperlihatkan mutu yang baik.Ini dapat diperhatikan melalui komen panel Hadiah Sastera yang mengatakan hasil dan tulisan Shahnon Ahmad tentang karya-karya Kassim Ahmad,Muhammad Haji Salleh,dan A.S. Amin memperlihatkan mutu yang terbaik.Shahnon Ahmad juga bebas daripada polemic yang tidak sihat malah dapat mewujudkan peranan sebagai perantaraan penting antara pengarang dengan pembaca serta mampu memberikan penilaian dengan cara tidak obstrusif kepada pembaca tentang suatu aspek yang pada intrisiknya memang abstrak,intangible serta kompieks.



ISU KONSEP SASTERA
                      Dalam kritikan satera,isu Konsep Sastera Islam juga di bicarakanoleh kritikus-kritikus dalam hasil-hasil tulisan mereka. Isu Konsep Sastera Islam ini lebih ketara di jadikan isi penting dalam esei kritikan sastera bermula pada tahun 1980-an.Apabila memasuki dekad 1980-an terlihat indeks yang menarik terutama polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad tentang isu sastera Islam.Polemik Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad berlangsung agak panjang dan menarik, bermula dalam Majalah Dewan Sastera (1982-1983). Polemik Kassim ahmad dan Shahnon Ahmad ini berkisar pada teori sastera Islam serta bukannya merupakan kritikan amali.
                      Menirut Kassim Ahmad. Islam sebagai agama universal.Oleh itu, sesiapa sahaja yang menghasilkan karya sastera yang membawa jalur kebaikan. Tidak bercanggah dengan Agama Islam , maka karya yang di hasilkan daoat di golongkan sebagai sastera Islam tanpa mengambil kira penulisnya penganut agama apa.Pendapat dan teori yang di kemukakan oleh Kassim Ah,ad ini di tentang hebat oleh Shahnon Ahmad.”Sastera Islam di anggap ibadah…Sastera yang membawa nilai-nilai Islam dari individu muslim yang menghasilkan semata-mata kerana Allah”
                     Polemik Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad yang berkaitan konsep sastera akhirnya di bukukan dan di terbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

ALIRAN ISLAM

                    Pada zaman kebangkitan Islam , sastera yang berunsur Ilam telah mila mendaoat perhatian para penulis dan pengkritik sastera. Pelbagai sayembara bagi melibat penulis dalam sastera Islam telah di adakan oleh pelbagai pihak,sehinggalah melahirkan tokoh-tokoh penting dalam sastera Islam, seperti Shahnon Ahmad,Yusof Zaki Yaakob, dan Shafie Abu Bakar.
                    Dua kriteria yang menjadi tunjang dalam sastera aliran Islam ialah, tradisi Kesusasteraan Islam yang bertujuan mengukuhkan akidah dan membentuk akhlak islamiah melalui media Kesusasteraan.Pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak islamiah dijadikan prinsip dalam aliran sastera Islam sejak zaman Nabi,Khalifah Umaiyyah, dan Abbasiyah lagi.Risalah Islam yang penting dan perlu di sampaikan serta di perjuangkan setiao zaman ialah memelihara akidah dan membentuk akhlak.Kesusasteraan Islam dari sudut ibadatnya,membentuk diri setiap individu bagi memenuhi keperluan individu dan moral.Justeru para cendekiawan Islam menyatakan bahawa sastera Islam adalah untuk bertkwa.Pengertian takwa adalah merujuk kepada menyempurnakan dan membersihkan akidah,dan mengamalkan kehidupan berakhlak.Akhlak Islam ialah memelihara hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia sesama Allah.
                  Sastera Islam tidak lahir untuk keseronokkan semata-mata kerana seni.Sastera dalam Islam adalah sebagai wadah dan alat untuk masyarakat.Justeru Islam melihat hubungan karya dengan masyarakat dan kesan karya tersebut kepada khalayak sebagai satu persoalan pokok yang penting.Karya Islam tidak harus lari daripada memperkatakanpermasalahan akidahdan akhlak Islamiah.Kedua-dua permasalahan ini perlu di lihat pengaplikasiannya dalam aspek isi karya sastera Islam,supayaia dapat memberi kesan fizikal,mental dan rohaniah kepada khalayak.Sebagai contoh, Islam menolak karya yang bercorak lucah dan erotik kerana karya-karya yang bercorakbeginiakan meracuni pemikiran pembaca dan mempengaruhi emosi dan akhlak pembaca.
                 Sebagai kesimpulan ,sastera Islam perlu memiliki ciri-ciri yang mampu mempertingkatkan aspek kemanusiaan ,lebih peka kepada anugerah Tuhan, menghargai kehidupan ,memoerbaiaki silaturrahim, dan yang paling penting dapat mendekatkan manusia atau makhluk Allah dengan pencipta-Nya.


KESIMPULAN
       

                  Karya sastera di hasilkan oleh pengarang untuk santapan pembaca atau masyarakat.Karya dan pembaca saling memerlukan .Sesebuah karya yang tidak di terima pembacadianggap tidak berjaya.Jelaslah di sini bahawa kumpulan sasaran karya sastera ialah khalayak.
                  Kita dapat melihat da=engan jelas dan sekaligus membezakan setiap satu timbunan khazanah itu melalui isinya yang pasti menyerlahkan aspirasi dan pengaruh mahupun gaulan pengaruh-pengaruh.Pengaruh-pengaruh yang menguasai karya-karya itu membentuk jalur-jalur warna bagi pelangi. Namun kepelbagaian warna itulah yang menjadikannya begitu unik.Sebahagiannya menjadi begitu unik apabila di tinjau dari sudut adunanya yang menempatkan idea-idea asing.Kebolehan itu bukanlah satu kebetulan tetapi lahir daripada kecemerlangan kreativiti pengarangnya.

KESUSASTERAAN UNDANG – UNDANG


DEFINISI
-          Mengikut kamus dewan , undang-undang adalah sebagai susunan peraturan-peraturan hukuman yang digubal oleh sesuatu badan.
-          H.C.Black mengatakan hokum ialah sesuatu yang telah ditetapkan atau digubalkan dan mesti dipatuhi oleh setiap warganegara.
-          Kerajaan menguatkuasakan undang-undang melalui polis,mahkamah , badan-badan dan lain-lain.
-          Dapatlah dirumuskan undang-undang ialah peraturan tertentu yang disediakan oleh sesebuah Negara dan mesti dipatuhi oleh rakyatnya. Badan-badan tertentu dibentuk untuk memastikan semua peraturan itu diikuti dan menghukum mereka yang melanggarnya.
-          Kesusasteraan undang-undang dapat didefinisikan sebagai sekumpulan karya yang memaparkan peraturan sesebuah kelompok masyarakat.
-         Kesusasteraan undang-undang boleh dikatakan sebagai sebuah genre yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan yang telah digunakan di Alam Melayu pada masa dahulu.

 PENDAHULUAN
     Kesusasteraan undang-undang ini berpandukan ajaran islam .Undang-undang ini digubal dengan tujuan supaya berada dalam keadaan selamat ketike belayar.Selain itu adat dan peraturan perlulah ditaati dan tidak melanggar peraturan serta adat.Undang-undang ini digubal juga supaya jangan berkelahi atau bersengketa sehingga menitiskan darah.Ia juga digubal untuk memelihara kata-kata atau perkataan ketika berbicara dengan rakan.Undang-undang ini digubal untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan dan pembunuhan.Sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, nakhoda bertanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut, sama ada ketika dalam pelayaran atau ketika belayar.Perkara yang dititikberatkan adalah tentang nakhoda dikatakan sebagai raja dilaut.Segala perintah perlu dipatuhi kerana perintah yang terkandung dalam undang-undang tersebut merupakan perintah daripada Sultan Mahmud Shah.Undang-undang yang dilaksanakan adalah untuk mewujudkan hubungan mesra antara rakyat , pedagang ,dan baginda sultan.

CIRI-CIRI KESUSUTERAAN UNDANG-UNDANG
  1. Kesusteraan undang-undang dapat digolongkan kepada 3 kumpulan:

1)      kumpulan adapt pepatih yang digunakan di Negeri sembilan dan beberapa daerah di Melaka.Contoh undang-undang adapt pepatih adalah undang-undang sungai ujong dan undang-undang adat dari rembau.
2)      Kupulan adat temenggung yang meliputi hukuman-hukuman jenayah , undang-undang  laut,serta pelabuhan yang terletak di bawah pentadbiran raja-raja melayu . Antara undang-undang Adat temenggung ialah hokum kanun melaka, undang-undang johor, undang-undang kedah, undang-undang pelabuhan kedah dan undang-undang palembang.
3)      Undang-undang Islam yang di dasarkan kepada hukun fiqh mazhab syafi tentang nikah kawin,cerai talak, dan pembahagian harta pusaka.

2.Terdapat unsure-unsur mitos didalam undang-undang melayu lama,
contohnya undang- undang dua belas.Dalam undang-undang dua belas terdapat satu kisah yang menceritakan penemuan bayi dari dalam buluh betung yang di gelar Datuk Langkat Pelanduk.

3.Undang-undang melayu lama dapat dibahagikan kepada beberapa fasal serta bab. Contohnya dalam Hukum Kanun Melaka mempunyai 27 fasal atau bab dan semuanya mempunyai perkara yang berbeza. Undang – undang Kedah pula mempunyai 16 fasal.

4.Dalam sastera undang – undang terdapat unsur – unsur dan pengaruh hindu serta islam. Contohnya unsur hindu dapat dilihat melalui  Hukum Kanun Melaka, dimana seseorang yang dituduh mencuri dikehendaki memasukkan tangannya kedalam minyak yang mendidih untuk membukti kan kebenarannya.
Contoh unsur islam yang dapat dilihat melalui fasal 14, Hukum Kanun Melaka ada menyatakan bahawa menurut hukum Allah, orang yang dituduh harus membuktikan kebenaran diatas mimbar masjid.

5.Sastera undang-undang melayu lama ditulis dalam bentuk prosa yang di sertakan dengan perumpamaan.
         
       “Dan demikian lagi memakai hulu keris emas seperti merubi dan bawang
         Sebongkol”.

6.Dalam undang-undang melayu lama dimuatkan dengan fasal-fasal mengenai adat istiadat dan pantang larang di raja. Keadaan ina dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka didalam fasal pertama disebut tentang pantang larang diraja ; rakyat dilarang memakai pakaian berwarna kuning. Hukuman bunuh akan dikenakan keatas mereka yang melanggar peraturan itu. Dalam fasal pertama juga ada menyatakan tentang syarat untuk menjadi hamba raja serta syarat menjadi raja. Dalam fasal dua juga ada menyebut tentang rakyat yang tidak boleh menggunakan bahasa raja.


FUNGSI KESUSASTERAAN UNDANG-UNDANG
1)kesusasteraan undang-undang merperlihatkan adanya kuasa pemerintah yang menggariskan larangan – larangan , peraturan – peraturan dan hukum – hakam yang harus dipatuhi oleh setiap individu supaya wujud kemakmuran. Contohnya dalam fasal pertama hukum kanun melaka , melarang rakyat memakai pakaian kuning.

2)Kesusasteraan undang – undang juga menunjukkan kekuasaan seorang raja dalam memerintah. Contohnya , dalam fasal kedua rakyat tidak boleh menggunakan bahasa raja. Jika didapati bersalah , rakyat tersebut haruslah di hukum bunuh. Perkara ini menunjukkan kekuasaan raja dalam menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang melakukan kesalahan.

3)Kesusasteraan undang – undang berfungsi untuk menjaga keamanan didarat dan dilaut , pelabuhan dan diatas alat-alat pengangkutan air.Contohnya dalam fasal pertama undang-undang laut melaka , juru batu di umpamakan sebagai temenggung yang berperanan menjaga keamanan di dalam kapal.

4)Kesusasteraan undang –undang berfungsi untuk menjaga keamanan dalam masyarakat melayu lama supaya dapat mengelakkan daripada huru-hara dan mengendalikan tingkah laku anggota – anggota masyarakat. Contohnya dapat dilihat dalam fasal keenam dalam undang –undang laut melaka. Fasal tersebut mengatakan orang yang mengeluarkan kata-kata kesat akan di hukum.

5)Kesusasteraan undang –undang turut berfungsi untuk mempertahankan kedudukkan raja serta menanamkan kepercayaan kepada rakyat jelata. Contohnya, dalam hukum kanun melaka dicipta untuk menjaga kedudukan golongan bangsawan iaitu sama ada golongan tersebut terlepas daripada hukuman atau membayar denda yang rendah.




MESEJ KESUSASTERAAN UNDANG - UNDANG

1)Mesej yang diperoleh dalam sastera undang – undang ini adalah, sebagai mengajar rakyat supaya patuhi segala peraturan yang ditetapkan. Jika tidak akibat buruk akan terjadi. Contohnya dalam fasal pertama hukum kanun melaka menyatakan tentang rakyat perlu patuhi segala peraturan iaiatu rakyat dilarang memakai pakaian yang berwarna kuning. Hukuman bunuh akan dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan.

2)Mesej lain yang hendak disampaikan adalah untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak melakukan apa –apa kesalahan dalam apa jua perkara. Ini kerana setiap kesalahan yang dilakukan akan dibalas dengan hukuman  yang telah ditetapkan. Contoh, didalam semua fasal undang –undang laut melaka dinyatakan setiap hukuman yang akan di kenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan.

3)Mesej lain adalah dapat mengelakkan berlaku pergaduhan dan pembunuhan sejak zaman Sultan Mahmud Shah, nakhoda bertanggugjawab melaksanakan hukuman tersebut, sama ada semasa pelayaran atau semasa belayar. Contohnya dalam fasal satu undang –undang laut melaka, nakhoda dianggap raja dan bertanggungjawab terhadap anak –anak buahnya.





SINOPSIS

FASAL 1
      Dalam fasal satu mengatakan tentang semasa dalam pelayaran nakhoda dianggap sebagai raja. Jurumudi di umpamakan sebagai bendahara manakala jurubatu di umpamakan sebagai temenggung yang berperanan menjaga keamanan di dalam kapal. Tukang kanan dan tukang kiri di umpamakan seperti sida-sida dan mengerjakan bersama-sama dengan tukang agung. Dalam kapal ini jurubatu dan guntung senawi serta semua tukang berada di bawah kuasa nakhoda.
       Dalam fasal ini juga mengatakan semua awak perahu itu berada di bawah kuasa tukang agung. Jika awak perahu melanggar perintah tukang agung maka di suruhnya jurubatu memukul awak perahu dengan tujuh pukulan. Jika awak perahu melawan pula tukang agung, mereka akan dipukul sebanyak 40 kali di paterana lawang. Jika awak perahu melawan guntung atau senawi, mereka akan dipukul sebanyak 30 kali.

FASAL 2
      Dalam fasal kedua ini, menyatakan tentang perkara-perkara zina yang dilakukan di dalam kapal atau hubungan lelaki perempuan. Jika yang melakukan zina itu masing-masing sudah beristeri atau bersuami hendaklah di hukum bunuh kedua-duanya. Sekiranya yang berzina itu merdeka dan masih bujang, maka kedua-duanya di kenakan hukuman sebat seratus kali kemudian akan di kahwinkan. Jika mereka tidak mahu berkahwin mereka akan di kenakan denda sebanyak setahil sepaha emas dan sekiranya yang tidak mahu berkahwin itu adalah lelaki maka dia yang akan menanggung denda tersebut dan sekiranya lelaki mahu berkahwin tetapi perempuan tidak maka hukuman denda jatuh keatas perempuan. Sekiranya penzinaan itu berlaku antara laki-laki yang merdeka bersama hamba yang di pakai oleh tuannya, maka di kenakan keatas orang yang melakukan zina itu. Sekiranya hamba tersebut telah lama di pakai oleh tuannya, penzina boleh di bunuh dengan di kehendaki nakhoda menyertai bersamanya. Jika sudah hamil hamba tersebut kedua-dua yang terlibat akan di hukum bunuh. Jika hamba yang baru di pakainya itu perempuan, maka hukumlah bunuh perempuan tersebut manakala laki-laki menjadi hamba.
      Sekiranya lelaki yang merdeka itu berzina dengan isteri awak perahu, maka di hukum bunuh laki-laki tersebut oleh suami perempuan itu. Perempuan itu pula haruslah di bunuh oleh suaminya dan sekiranya suaminya enggan membunuh, perempuan itu hendaklah di jadikan hamba kepada nakhoda dan perempuan itu tidak boleh di tebus. Laki-laki itu hendaklah di carikan isteri baru oleh nakhoda.
       Sekiranya laki-laki bergurau dengan gundik orang selama tiga hari dan kejadian itu mempunyai saksi yang melihatnya, maka hukumannya lelaki itu perlu membayar harga gundik itu yang telah di tetapkan oleh pemilik gundik itu.
        Sekiranya yang berzina itu abdi sama abdi, maka kedua-duanya hendaklah di pukul beramai-ramai di paterana lawang tetapi hukuman itu terserah kepada tukang agung.

     



FASAL 3
        Fasal ini mengatakan tentang hukum orang yang mendapat emas, perak, atau barang-barang lain melalui pelayaran. Sesiapa sahaja muda-mudi atau kiri, turun penukun, hamba, keluarga nakhoda atau kaum pemilik jong yang peroleh sesuatu hendaklah menyerahkan perolehannya kepada nakhoda. Terpulang kepada nakhoda sama ada hendak mahu dibahagikan kepada orang yang memperolehnya. Pembahagian akan dibuat sekiraya orang yang memperoleh barang tersebut menjalankan tugas nahoda. Jika tidak perolehan itu dibahagi tiga. Sebahagian akan diberikan kepada yang mremperolehnya dan dua bahagian diberi kepada nakhoda.

Wednesday, May 25, 2011

Begitulah Ketetapan


Pilu
di bawah runtuhan itu
ada wajah-wajah malang anak yatim
ditimpa bencana sekelip mata
ditimpa dinding konkrit sebesar laksana
terdengar laungan meminta ehsan
agar terselamat
agar terlepas
malapetaka tiada bermata

Sebak
di dalam timbunan tanah itu
terperangkap kaku sekujur tubuh kerdil
terbenam lemah tiada daya upaya
dilanda bala tiada diduga
diselimuti pasir merah terkapar lesu
merayu hiba menghimpun doa
moga diberkati moga dirahmati
sebelah kaki dikebumi bersama
jasad kaku tidak bernyawa

Tragis
di sebalik tragedi itu
manusia lalai mencabar hikmah alam
bijaksana merancang
cendekia mengolah
biar tampak hebat glamor dipandang mata
biar tampak megah bangga diucap kata
manusia alpa kudrat dan iradat maha pencipta
melebihi segalanya
malangkaui akal fikir
bukan menghukum kejam
hanya mencuit hati buat peringatan

Sayu
harga ungkapan simpati
hanya air mata
pengalas bicara

merbau berdarah

Wednesday, May 11, 2011

Ombak Datang Lagi


Lihat itu
ombak datang lagi
menghempas pantai
merubah wajah pasir putih
yang seringnya tercemar
dengan tingkah laku manusia
sekeras batu kerikil

aku!
Hanya melihat ombak

Lihat itu
ombak datang lagi
meragut kejam
nyawa mereka yang menikmati keindahan
pasir putih
meranapkan pondok harapan
untuk berteduh kukuh
meleburkan impian kasih sayang yang terbina

aku!
Hanya melihat ombak

Lihat itu
ombak datang lagi
tampak tenang
tapi menggerunkan
 kejam!
tapi siapa?
mungkin ombak juga
sedih melepaskan geram
tanpa ada belas
menghukum manusia
buat renungan

Aku!
Hanya melihat ombak