Izinkan aku menarikan lenggok irama dengan iringan nada yang tampak meriah setiap jurus langkah tari itu aku bentuk seninya agar lagunya setanding agar tidak nampak sumbang agar sentiasa segar dipupuk arus melodinya namun pastinya aku akur bila lenggok tari itu pincang bila nada alunannya sumbang pentas yang ada jelas tidak pernah tetap duduknya izinkan aku dan lenggok tari itu berada pada sudut yang mampu ditatap bila ada rindu yang tidak pernah sesat

Wednesday, May 11, 2011

Begitulah Seadanya



Hari ini
manusia terpukul terpalu hati dan perasaan
terkesima tertuding hiba
melihat zuriat yang terlupa
makna kehidupan
makna kerohanian
makna keimanan
bila jelas dipaparkan berita
bila jelas diperdengarkan khabar
bila jelas dipertontonkan wajah
 jasad dan nyawa
nilainya sebaris tong sampah
nilainya seiring tepi longkang
nilainya setara tempat pembuangan sampah
terbiar kaku tanpa tangisan
terjelapak menanti belas ekhsan
terpaku tidak berbinkan bapa
tersendu tidak dikasihi ibu
dibungkus dibuang atas nama maruah
dilempar dibaring atas nama kasih sayang
sedih dan gundah
telah kelam dalam akal fikir

Hari ini
makhluk di muka bumi ini
keliru tersasar hakikat
lantas terpacul tanda soal
aku ada taring yang bisa robek
daging penuh rakus
akan aku ratah hingga tulang itu hancur
aku ada racun yang bisa pisahkan nyawa dari badan
akan aku penuhkan hingga kaku beku tubuh badan
tapi
anak aku milik genarasi yang tidak boleh pupus
walau ditelan zaman
anak aku harta nilai tidak terhitung
walau ditelan tanah lautan
jangan sesekali disakiti anak itu
nescaya berpisah urat dan nadi
nescaya akan terpacak dua nisan berdiri sayu

Hari ini
manusia terpisah hidupnya
manusia terpisah rohaninya
manusia terpisah imannya
maka
tertawa tersenyum sinis mengejek
penuh pertanyaan
siapa yang lebih manusia
siapa yang lebih mulia
siapa yang lebih berkuasa

merbau berdarah

Bila Malam




Bila malam membuka tabir
hamparan sunyi diselak satu persaatu
memberi laluan kegelisahan
mengatur jejak langkah
memberi laluan keresahan
menyusun arus langkah
mencari cahaya kemungkaran
mencari cahaya kemaksiatan
laluan indah tampak kelam
laluan berliku tampak lurus
laluan berjurus tampak sempitnya ruang

kerlipan sinar sumbang semakin jelas
mencuit kagum
berdiri atas kayangan  indah tak terperi
syurga impian
tak berkerdip mata merayu
tak tertanggung telinga mendayu-dayu tergoda
lantas
lamunan dangkal mengusap alam nyata
menutup akal fikir
tertawa dalam keasyikan
kerdurjanaan bangga mendabik dada

Bila malam membuka tabir
hamparan sunyi diselak satu persatu
selimutkanlah
dengan cadar keimanan
biar lena diulit mimpi keinsafan
tersenyum tenang
menanti roh memadu jasad
berdenyut nadi mengikut rentak terpilih

merbau berdarah

Hajat Seorang Guru (15 MEI 2011 : Berita Minggu)



Suatu waktu
Seorang guru berdiri  gagah megah
menghadap karenah anak didiknya
menghambur setiap garis ilmu tersurat
melafaz setiap ilmu tersirat
dengan rotan panjang sedepa
dengan riak wajah tegas
tanpa ada tutur kata belas
tanpa ada tutur kata lunak
tanpa ada tutur kata pujuk rayu
tapi
tugas seorang guru tetap satu
mendidik penuh rasa keikhlasan
mengajar penuh rasa ketulusan
mengasuh penuh rasa tanggungjawab
hajat seorang guru tetap satu
mahu lihat nyawa yang tidak pernah redha
bergelumang dengan kesengsaraan terlalu

Suatu waktu
Seorang guru berdiri gagah megah
Menempa nama cemerlang atas nama anak didik
Mencorak nama gemilang  pada tiap detik nafas
Penuh mesra dodoi buai
Penuh manis pujuk rayu
Penuh gubahan kata puji
Tapi
Tugas seorang guru tetap satu
Memupuk ilmu atas landasan terserlah
Membina pekerti atas laluan terindah
membentuk jati budi atas laras terarah
 agar tidak akan runtuh
dilanda durja tidak diduga
ditimpa gulana tidak disangka
selamanya

Suatu waktu
Seorang guru berdiri gagah megah
Merestui  hamparan langit harapan
yang tidak pernah berhenti
melangut doa dengan tulus mulus
agar terbit takdir indah
mencatat nama-nama cerah


merbau berdarah

Tuesday, May 3, 2011

Dasar Luar Di Bawah Pimpinan Perdana Menteri

Tunku Abd Rahman Putera Al Haj
(Perdana Menteri Malaysia Pertama)
·         Menetapkan pendirian bahawa keamanan serantau perlu dipelihara (mengamalkan Dasar Pro-Barat)

o   Berlakunya persaingan dan pertikaian antara kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan China
o   Negara mempertahankan kepentingan nasionalnya iaitu keselamatan dalam negeri
o   Tidak berpihak kepada Rusia dan China kerana beranggapan bahawa Rusia dan China membawa ideologi komunis yang telah mengancam keselamatan negara serantau
o   Tidak mengiktiraf kewujudan kuasa besar yang mempengaruhi hubungan serantau iaitu Rusia dan China
o   Ini berdasarkan Malaysia sedang diancam oleh pengaruh komunis ( darurat)
o   1954 SEATO (Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara : South East Treaty Organization) ditubuhkan bagi membendung dan menyekat perluasan kuasa Rusia dan China
§  Membuat perjanjian pertahanan dengan British (Anglo – Malaysian Defence Agreement)
o   Menyokong Amerika Syarikat atas tujuan menyekat perluasan pengaruh komunis di negara
o   Mempercayai Amerika Syarikat dapat membantu membawa kestabilan negara serantau
o   Menyokong Saigon (disokong Amerika Syarikat) dalam pertikaian dengan Hanoi( disokong oleh China) atas tujuan menghalang Vietnam Selatan menguasai keseluruhan Vietnam kerana tidak mahu Vietnam jatuh ke tangan pengaruh komunis
o   Menghadapi ancaman dari Indonesia (Konfrontasi Malaysia Indonesia) memerlukan negara menyokong penuh usaha Amerika Syarikat
o   Sokongan terhadap tindakan Amerika Syarikat telah menyebabkan Malaysia dipandang negatiif oleh negara-negara Asia yang lain kerana negara-negara tersebut mengamalkan konsep Negara berkecuali
o   Persidangan Afro – Asia telah mengetepikan Malaysia disebabkan dasar yang dibawa oleh negara
o   Ini mengakibatkan negara gagal menerima sokongan dari negara-negara Afro – Asia dalam penyelesaian pertikaian dengan Indonesia
o   Sehingga akhir pimpinan Tunku Abd Rahman Putera Al Haj, Malaysia masih mengamalkan dasar pro – barat kerana negara masih belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan negara-negara komunis

Monday, May 2, 2011

Dasar Luar Negara


Dasar Luar

Faktor-faktor yang mempengaruhi Dasar Luar Negara
·        Dalaman
o   Geopolitik & Geostrategik
§  Mampu menarik kuasa asing datang berdagang dan berurusniaga dengan masyarakat tempatan
§  Memiliki sempadan laut yang strategik
§  Memiliki kawasan terlindung daripada tiupan angin monsoon barat daya dan timur laut

o   Sejarah
§  Sentiasa menjalinkan hubungan dengan negara yang berminat
§  Sentiasa mengadakan hubungan berdasarkan pengalaman yang lepas
§  Sentiasa meminta nasihat dan pandangan dengan pihak British

o   Kepimpinan
§  Mengamalkan sistem demokrasi
§  Sentiasa menjalinkan hubungan dengan negara luar
§  Memiliki pemimpin yang berwawasan

o   Ekonomi
§  Sentiasa berhubung dengan negara luar untuk meningkatkan ekonomi
§  Kaya dengan bahan mentah
§  Menggalakkan pelabur datang untuk melabur
§  Mengadakan perdagangan bebas dan pasaran luar negara

o   Penduduk dan Saiz Negara
§  Terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum memudahkan hubungan dengan negara luar dengan lebih meluas
§  Mampu menarik pekerja mahir dari luar untuk mendapatkan lebih banyak tenaga kerja

o   Dasar Berkecuali
§  Mengamalkan konsep tidak campur tangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan negara lain
§  Mengadakan hubungan persahabatan dengan semua negara tanpa mengira ideologi