Izinkan aku menarikan lenggok irama dengan iringan nada yang tampak meriah setiap jurus langkah tari itu aku bentuk seninya agar lagunya setanding agar tidak nampak sumbang agar sentiasa segar dipupuk arus melodinya namun pastinya aku akur bila lenggok tari itu pincang bila nada alunannya sumbang pentas yang ada jelas tidak pernah tetap duduknya izinkan aku dan lenggok tari itu berada pada sudut yang mampu ditatap bila ada rindu yang tidak pernah sesat

Monday, April 18, 2011

Dasar Pertanian Negara


Dasar Pertanian Negara

Pengenalan
·         Telah dilancarkan oleh Dato’ Musa Hitam (Pengerusi Jawatankuasa Kabinet) pada 12 Januari 1984
·         Member garis panduan untuk membantu kerajaan dan sektor swasta dalam menggiatkan lagi sektor pertanian, meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan seterusnya ekonomi Negara
·         Dilaksanakan sepenuhnya di bawah Rancangan Malaysia kelima
·         Bertujuan untuk memperbaiki sosio ekonomi dan meningkatkan pendapatan petani dengan pengeluaran bahan pertanian yang mencukupi untuk keperluan Negara dan eksport

Matlamat
·         Untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber pertanian melalui penggunaan sumber-sumber Negara dengan cekap dan mempergiatkan lagi sektor pada peringkat keseluruhan
·         Menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan sesuatu komoditi tertentu
·         Memastikan pertentangan dan persaingan dalam penggunaan sumber-sumber manusia dan buruh
·         Memaksimumkan pendapatan pengusaha atau pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan taraf kehidupan petani dapat diperbaiki
·         Memajukan dan meningkatkan hasil serta kualiti komoditi-komoditi yang berpotensi besar untuk dieksport atau dijadikan bahan gantian import

Strategi
·         Merangkumi beberapa dasar yang telah sedia ada tetapi diperkemaskan lagi dengan yang baru
·         Penekanan kepada amalan-amalan yang telah sedia ada (kebimbangan kerajaan mengenai masa depan sektor pertanian negara
·         Meluaskan pembukaan tanah baru dengan tujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan
·         Membolehkan penubuhan unit-unit kebun yang lebih ekonomi
·         Mewujudkan amalan pertanian yang lebih cekap
·         Mampu mengimbangi taburan penduduk dengan pengelaran hasil pertanian
·         Perhatian yang lebih diberikan kepada tanah-tanah yang terbiar dengan melaksanakan pemulihan tanaman dengan menggunakan benih berkualiti tinggi, memberikan kemudahan kredit dan meningkatkan penggunaan teknologi moden
·         Di amping itu, program iringan juga dilaksanakan iaitu program mengatasi masalah social, perundangan dan pentadbiran yang banyak menghalang setiap perancangan berjalan lancar
·         Mewujudkan program pembukaan tanah baru iaitu dengan penyatuan tanah dan galakkan perladangan secara berkelompok di bawah satu pengurusan
·         Memastikan perkhidmatan sokongan pertanian adalah berkaitan dengan usaha mengadakan penyelidikan gunaan dalam bidang pembangunan bahan komoditi dan kejenteraan bagi menambahkan hasil dan kualiti pengeluaran
·         Menjalankan usaha mengubah sikap dan mentality petani supaya lebih bersedia menerima teknologi moden
·         Penambahbaikkan dalam proses pemasaran bahan pertanian termasukl;ah promosi dan kemudahan penyimpanan bahan bekalan
·         Beberapa agensi terlibat di antaranya
o   PORIM (Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia)
o   RRI (Institut Penyelidikan Getah Malaysia)
o   MARDI ( Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)
o   RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)
o   FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
o   LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang)
o   KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu)
o   MADA ( Lembaga Kemajuan Pertanian Muda)
·         Memupuk semangat berdikari, bantu membantu antara petani dan meningkatkan khidmat social di kawasan desa untuk memikat hati penduduk agar dapat meneruskan perusahaan pertanian yang telah sedia ada
·         Latihan dan bimbingan melalui institusi yang sedia ada juga dipertingkatkan
·         Satu jentera penyelarasan sektor awam dan swasta ditubuhkan bagi melakukan tindakan memastikan kegiatan berbagai-bagai agensi kerajaan yang berkaitan dengan bidang pertanian dapat dilaksanakan secara bersepadu iaitu melalui pemberian subsidi, khidmat bantuan nasihat dan penerangan mengenai pertanian moden serta campur tangan dalam bidang pemasaran

Strategi Utama Dalam Dasar Pedrtanian Negara
1.       Pembangunan In-Situ

·         Mengadakan program penanaman semula iaitu dengan bantuan pihak RISDA, telah dapat mencapai kejayaan menggalakkan setelah kawasan yang sebelumnya terbiar kerana tiada daya usaha petani mengerjakan kawasan yang dahulunya sebuah kawasan penanaman getah tidak diberi perhatian.
·         Dengan usaha RISDA, tanah yang terbiar telah kembali menjadi sebuah kawasan pengeluaran getah
·         FELDA membantu usaha kerajaan menanam semula kelapa sawit di kawasan-kawasan yang terbiar
·         PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri membantu usaha kerajaan secara usahasama dengan sektor swasta menanam semula kepelbagaian jenis tanaman pertanian
·         LPNM (Lembaga Penanaman Nanas Malaysia) menghidupkan semula kawasan penanaman nanas yang terbiar
·         FELCRA membantu pekebun-pekebun menguruskan kawasan terbiar dengan penanaman kelapa sawit dan getah
·         SALCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak) memulihkan semula kawasan penanaman kelapa sawit yang terbiar dengan penanaman pokok kelapa sawit yang baru
·         IADP (Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu) mengadakan tiga fasa baru iaitu mengusahakan tanah pertanian untuk meningkatkan pendapatan keluarga petani, meningkatkan kualiti tanah agar sentiasa subur dan mengkomersialkan hasil penanaman pertanian ke peringkat yang lebih luas

2.       Pembangunan Tanah Baru
·         Diusahakan oleh sektor awam dan swasta
·         Beberapa agensi kerajaan terlibat seperti PKEN, PKPN (Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri), FELDA serta Kemajuan Tanah Sabah dan Sarawak telah menumpukan usaha dalam menguruskan skim perladangan. Usaha ini adalah berbentuk penanaman semula, pembangunan peserta, pengurusan lading, keusahawanan dan latihan kemahiran serta penyediaan kemudahan social
·         Usaha sebegini telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat peneroka dalam bidang pertanian

3.       Khidmat Sokongan Pertanian
·         R & D memberi tumpuan kepada penghasilan beberapa jenis tanaman, klon dan biji benih berhasil tinggi serta memperbaiki lagi amalan agronomi, membangunkan kaedah pengurusan lading yang lebih cekap, memajukan teknologi pemprosesan yang lebih baik dan mempelbagaikan keluaran akhir
·         Beberapa agensi telah terlibat, diantaranya :
                                                               i.      PORIM (Institut Minyak Kelapa Sawit Malaysia) menumpukan aktiviti penyelidikan dalam pembiakan jenis benih baru yang berhasil tinggi, meningkatkan dan mempelbagaikan penggunaan minyak sawit, memperbaiki kecekapan pengeluaran dan menggalakkan penggunaan minyak sawit untuk tujuan bukan makanan
                                                             ii.      RRIM (Institut Penyelidikan Getah Malaysia) menumpukan usaha terhadap pengeluaran getah asli dalam bentuk baru dan penggunaan baru bagi getah serta meningkatkan produktiviti menerusi pengubahsuaian teknik penjimatan buruh(sistem torehan berintensiti rendah)
                                                            iii.      LKM (Lembaga Koko Malaysia) member tumpuan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan industry koko dengan penumpuan terhadap pemprosesan koko, teknologi selepas tuai dan pembangunan keluaran akhir
                                                           iv.      MARDI (Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia) melaksanakan aktivigti penyelidikan dan pembangunan kea rah menghasilkan pelbagai benih baru dan memajukan pengurusan lading serta teknologi pemprosesan yang cekap berkaitan sektor makanan

No comments:

Post a Comment