Kementerian Pelajaran Malaysia
Menteri Pelajaran Malaysia ialah jawatan politik tertinggi di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Menteri pelajaran akan menguruskan pendidikan sekolah di Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran Malaysia ke-16.
Senarai Menteri Pelajaran Malaysia
# | Nama | Tempoh perkhidmatan |
1 | ||
2 | ||
3 | ||
4 | ||
5 | ||
6 | ||
7 | ||
8 | ||
9 | ||
10 | 1969-1970 | |
11 | ||
12 | ||
13 | ||
14 | ||
15 | ||
16 | 2009 - Kini |
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
- melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dengan Menteri terkini merupakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pendidikan wajib
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Laporan Barnes 1950
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.Cadangan
Cadangan laporan ini ialah :- Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
- Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
- Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
- Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
- Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
- Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. [1]
Kontroversi
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.Laporan Fenn-Wu 1951
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hari masyarakat Cina terhadap laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).Laporan ini mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
Cadangan
- Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
- Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
- Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu /
Penyata Razak 1956
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Tugas jawatankuasa
Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:- membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
- menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
- mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.
Cadangan
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:- Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
- Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
- Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
- Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
- Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
- Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
- Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
- Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
No comments:
Post a Comment