Ingatlah lima pesanan dari ku....
berjanjilah...
patuhi dan sentiasa ingat...
Pertama....
kau akan menjadi seorang yang hebat...
andainya kau rela dibimbing...
andainya kau ikhlas...
andainya kau sentiasa menghargai kehadiranku...
kau akan mengalami detik yang menyakitkan...
tapi yakinlah...
kerana yang menyakitkan itulah...
yang mengajarkan kau menjadi yang terbaik...
mungkin akan banyak kesulitan dan kesedihan yang kau lalui...
namun itu akan membuatkan keperibadianmu menjadi lebih unggul dan mempersonakan...
kau diberikan peluang dan kemampuan untuk memperbetulkan setiap salah silap mu...
maka pergunakan peluang tersebut...
berusahalah tanpa rasa jemu memperbetulkan salah silapmu...
berusahalah tanpa rasa jelek memperbaiki sejarah silammu...
kerana hidup ini adalah sebuah pembelajaran untuk kita hadapi dengan kekuatan tersendiri...
Ingatlah, bahawa bahagian yang terpenting sekali untuk kehidupan dan perjalanan dirimu adalah bahagian dalaman iaitu hati dan jiwamu...
di isi hatimulah letaknya nilai yang tidak terungkap...
di isi hatimulah kekayaan sebuah kehidupan...
percayalah...
bukan kerana pangkat dan bukan kerana paras rupa...
Kelima...
ingatlah, kau sewajarnya meninggalkan jejak yang baik dan terpuji...
walau di mana pun kau berada...
jagalah nama baikmu dengan cara yang terhormat...
walau sesukar manapun...
tetapkan lah langkah mengikut takdir yang telah ditetapkan untukmu...
nescaya...
kau mampu menjadi sebuah nama besar dan agung...
ini janjiku..
patuhilah lima pesanan dariku...